4 Sebab Perlu Meninggikan Batas Kebun ‘Raised Garden Bed’ Selain Untuk Dekorasi Laman

4 Sebab Meninggikan Batas Kebun ‘Raised Garden Bed’ Untuk Dekorasi Laman

Kali ini saya cuba menarik perhatian rakan-rakan dengan 4 Sebab Perlu Meninggikan Batas Kebun ‘Raised Garden Bed’ Untuk Dekorasi Laman.

Saya terfikir idea ini apabila saya melihat ramai di kalangan sahabat kita mula bercucuk tanam di persekitaran halaman rumah terutama sejak negara kita diserang pandemik Covid-19. Tempoh ‘berkurung’ di rumah memang  sangat membosankan.

Ramai yang memilih berkebun dan saya nampak menjadi ikutan untuk mengisi masa yang ada di rumah selain belajar memasak, menjahit dan pelbagai lagi aktiviti di luar ‘kotak pemikiran’. Mana tidaknya, ada di kalangan pegawai tinggi sebuah syarikat koprat diberhentikan kerja dan memilih kerjaya ‘luar bidang’ sebagai ganti sumber pendapatan.

Namun kali ini saya lebih fokus berkongsi idea untuk berkebun sahaja.

Berkebun di halaman rumah terutama bagi yang rumah bertanah ‘ landed’ menjadi bonus berbanding rakan-rakan yang berumah bertingkat tanpa tanah. Idea menanam boleh dipelbagaikan dengan memilih kaedah yang sesuai.

Saya tidak kata rumah rakan kita yang di rumah apartment tidak boleh berkebun, ianya boleh namun amat terhad.

Ada halaman yang luas membolehkan kita memilih beberapa cara menanam seperti cara konvensional (tanam atas batas), hidroponik mahupun fertigasi. Sekiranya anda memilih kaedah hidroponik atau fertigasi, saya tidak mahu tekankan kerana ianya kurang mencabar kerana media tanamnya bukanlah dari sumber asal halaman (tanah).

Apa pun jua kaedah yang dipilih ianya amat tertakluk dengan kesesuaian tempat di samping mengambil kira keindahan halaman yang ada.

Apabila kita menanam atas batas, sudah pasti kita perlu membuat batas yang sesuai dengan jenis tanaman dan boleh dijadikan dekorasi halaman. Idea yang boleh diterapkan adalah meninggikan batas atau Raised Garden Bed.

Kebaikan Meninggikan Batas ‘Raised Garden Bed’.

Meninggikan batas akan membantu;

  • Mengelak serangan serangga perosak jenis menjalar atau tikus mengorek lubang.
  • Memudahkan kerja mengurus kebun tanpa perlu memijak batas (tanah akan padat).
  • Memudahkan kerja menuai hasil.
  • Boleh dijadikan dekorasi (cantik dipandang).

Cara Untuk Meninggikan Batas ‘Raised Garden Bed’

Untuk meninggikan batas, kawan-kawan boleh mencangkul tanah keliling batas dan ditinggikan begitu sahaja tanpa sebarang sokongan berpetak samaada dari kayu, kepingan besi atau sebagainya.

Untuk tujuan dekorasi saya cadangkan kawan-kawan boleh guna kaedah seperti di bawah.

Klik gambar untuk keterangan penuh.

Bunnings Bedford #3320914 120 x 120 x 30cm ACQ Treated Pine Raised Garden Bed

Bunnings Raised Garden Bed #0117520 61 x 51 x 24cm WWheels CharcoalBunnings The Organic Garden Co #3318229 100 x 100 x 30cm Woodland Grey Square Raised Garden Bed

Bunnings Birdies #3321595 1.6 x 0.6 x 0.4m 6 In 1 Merino Modular Raised Garden KitBunnings Birdies #3321770 1.6m x 600mm x 385mm Monolith Raised Garden Kit

Bunnings Sandleford #0067496 1130 x 1130 x 290mm White Nuvue Raised Garden Bed

Bunnings The Organic Garden Co #0045658 200 x 100 x 41cm Raised Rectangle Garden Bed - Monument

Bunnings Birdies #3321392 1200 x 400 x 500mm Heritage Elevated Planter

Garden Beds Malaysia

lain-lain reka bentuk KLIK DI SINI

 

14 Comments on “4 Sebab Perlu Meninggikan Batas Kebun ‘Raised Garden Bed’ Selain Untuk Dekorasi Laman”

  1. Cx pon suka tengok ramai orang kita mula berkebun sejak pandemik. Sungguh ada hikmah disebalik semua ini.

    Waima cx masih belum ada kesempatan untuk berkebun sendiri, tetapi cx sokong dengan aktiviti ini. Idea dan perkongsian untuk para pekebun dan bakal pekebun macam cx, ianya sangat berguna. InShaaAllah one day, ilmu ini pasti cx gunapakai.

    1. my house is a corner Lambert house and my sister-in-law really make use of the garden where now I have full gardens scenery at home. She also used a lot raised garden bed

  2. Cantik nya raised garden bed tu… Kita pun semakin suka minat gardening ni. So far kita tanam yang boleh makan mscsm ulam-ulaman. Syok petik makan sendiri. Feel dia teruja dan anak-anak lagi suka makan ulam.

  3. Terima kasih atas perkongsian. Sejak pkp ni, memang saya dah mula berjinak2 dgn bercucuk tanam. Tapi setakat tanam di balcony je la.

  4. saya ada tanah tapi kecil. da pun ditanam dgn rumput karpet. green view is a nice view kan utk halaman. maka, semua pokok di tanam dlm pasu je. kecuali di luar pagar, ada skit ruang depan rumah saya, ada la tanam pokok bunga buat beri mood indah.
    bagus tips ni. tq for sharing. kerap tgk halaman rumah yg besar, pasti diorang akan tinggi kan part nak tanam-tanam tu. guna tayar la. guna batu bata la. lebih baik la ye? and lebih kemas dan tersusun kan. ada beza antara tempat di pijak dan tempat tanaman.

  5. Baru angan-angan nak menanam semula dan tukar semua pasu lama ke baru, nengok garden bed ni lawaa pulak laaa, nampak meriah kalau pokok masuk dalam tu..nak try lee nengok dalam Shopee..

  6. Memang betol time pandemic ni ramai dah pandai berkebun. Rumah mertua dulu takde pokok bunga sekarang ada beratus pasu. Hehe. Sebab terperap tak dapat pegi yasinan mengaji dengan group. Tu jela aktiviti terluang

  7. Ohhh baru tau sebab sebabnya. Patutlah kadang pokok tak menjadi. Boleh suggest dekat mak sebab mak suka bercucuk tanam.

  8. Satu tips dan ilmu yang baik untuk orang di luar sana dan diri ini sendiri. Terimakasih ya. Semoga entry ini bermanfaat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *