Caruman Serendah RM120 Setahun Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) – PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) - PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Takrifan Suri Rumah

Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

  • Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu.
    Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
  • Sekiranya seorang suami memilih untuk membuat caruman untuk isterinya, prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi memastikan suri rumah mendapat perlindungan yang berterusan.
  • Jika suami tidak berupaya untuk meneruskan caruman disebabkan hilang pendapatan dan sebagainya, PERKESO perlu dimaklumkan dalam tempoh 60 hari sebelum ta mat tempoh caruman sedia ada.

Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

  1. SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
  2. SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

Syarat Kelayakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

  1. Suri rumah warganegara Malaysia/pemastautin tetap yang belum mencapai umur 55 tahun
  2. Bagi penyertaan kali pertama, umur suri rumah hendaklah tidak melebihi 54 tahun
  3. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu (in advance)

Perlindungan Bencana Domestik Faedah:

  1. Faedah Perubatan
  2. Faedah Hilang Upaya Kekal
  3. Elaun Layanan Sentiasa
  4. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  5. Faedah Pengurusan Mayat
  6. Pencen Penakat

Perlindungan Keilatan Faedah:

  1. Elaun Keuzuran
  2. Elaun Layanan Sentiasa
  3. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  4. Faedah Pengurusan Mayat
  5. Pencen Penakat

Faedah Perubatan
Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan (tertakluk kepada Akta Fi 1951) dan layanan pesakit luar di dispensari, klinik atau institusi lain. Kemasukan ke wad dengan kelayakan wad kelas kedua Hospital Kerajaan.

Faedah Hilang Upaya Kekal
Apa-apa hilang upaya kekal yang disebabkan oleh bencana domestik, yang mengurangkan keupayaan suri rumah berinsurans untuk menguruskan rumah tangga don ditaksirkan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran pukal sehingga RM30,000 bagi satu tampoh caruman manglkut janis kacadaraan.

Elaun Layanan Sentiasa
Bayaran sebanyak RM250 dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang berhak kepada faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran jika don selagi suri rumah tidak upaya secara teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. Faedah ini akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
Pembiayaan sehingga RM50,000 dalam satu tempoh caruman jika suri rumah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan don disyorkan memerlukan kemudahan pemulihan jasmani seperti kaki palsu, kerusi rode, tongkat don lain-lain. Rawatan bagi dialisis ialah sebanyak RM 200 setiap bulan atau menurut Aleta Fi 1951.

Elaun Keuzuran
Bayaran secara bulanan sebanyak RM 300 jika suri rumah berinsurans disahkan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangganya. Faedah ini akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

Faedah Pengurusan Mayat
Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, bayaran faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 sekali sahaja akan dibayar kepada orang tanggungan yang layak atau pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian.

Pencen Penakat
Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM 300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada dude, anal<. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan dude, anal<, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada lbubapa suri rumah berinsurans.

Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau kahwin atau jika masih belajar sehingga tamat penggajian ijazah pertama. Jika ado anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dbayar sehingga berumur 55 tahun.

Pencen Penakat dibayar hanya kepada dude atau ibubapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Cara Pendaftaran & Pembayaran Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Pendaftaran dan Pembayaran SKSSR boleh dibuat di mana-mana pejabat PERKESO atau menerusi Portal Suri Rumah PERKESO suri.perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO www.perkeso.gov.my

Cara Tuntutan Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Cara tuntutan faedah SKSSR boleh dibuat di mana-mana kaunter pejabat PERKESO dengan melengkapkan Borang Tuntutan Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah-Borang SR 6

Capaian Penting Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

  1. Info Lengkap SKSSR PERKESO
  2. Pendaftaran SKSSR
  3. Soalan-Soalan Lazim SKSSR
  4. Borang Pendaftaran & Caruman
  5. Borang Tuntutan Faedah SKSSR
  6. Notis Ketidakupayaan Membayar Caruman
  7. Panduaan Penggunaan Portal SKSSR

BACA JUGA :

SSPNi Plus – Simpanan & Takaful Serendah RM30 Sebulan Pelbagai Manfaat Kepada Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *