Program Rural Business Challenge (RBC) 2.0 Anjuran KKDW

Program Rural Business Challenge (RBC) 2.0

Pengenalan

Program Rural Business Challenge (RBC) mula diperkenalkan pada tahun 2012 di mana ia merupakan program pengembangan perniagaan melalui penganjuran pertandingan penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) dalam kalangan usahawan belia luar bandar seluruh Malaysia. Program RBC 2.0 merupakan kesinambungan daripada program RBC terdahulu di mana kaedah pelaksanaannya akan ditambah baik dan kategori yang akan dipertandingkan adalah hanya pengembangan perniagaan [perniagaan berdaftar yang telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun].

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang berupa geran kemenangan berjumlah RM15 Juta secara keseluruhan.

Objektif RBC

  • Menggalakkan golongan belia khususnya di luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan;
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan luar bandar;
  • Mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik untuk didiami.

Syarat Umum Penyertaan RBC

  • Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan;
  • Usahawan belia yang mempunyai perusahaan dan premis perniagaan yang beroperasi, berlesen dan bertapak di kawasan luar bandar;
  • Mempunyai Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah dan Sarawak serta telah beroperasi melebihi 3 tahun;
  • Para pemenang RBC terdahulu adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan RBC 2.0;
  • Pertandingan ini hanya terbuka kepada kategori pengembangan perniagaan sahaja;
  • Pemohon TIDAK berstatus SENARAI HITAM atau MUFLIS;
  • Rancangan Perniagaan yang lengkap dan memenuhi terma dan syarat serta format pertandingan sahaja akan dinilai;
  • Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan pertandingan secara atas talian.
  • Dengan penyertaan ini, peserta bersetuju untuk memenuhi terma dan syarat pertandingan serta keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Program RBC 2.0 (JPP-RBC 2.0), KKDW;
  • Semua keputusan pertandingan adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.

Impak RBC

Impak jangka masa panjang program adalah bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan masyarakat sekitar serta taraf sosioekonomi luar bandar secara keseluruhannya.

Peluang Kepada Anda

Program Rural Business Challenge (RBC) 2.0
Program Rural Business Challenge (RBC) 2.0

Peluang kepada #usahawanbeliadesa dalam sektor ini:

1.⁠ ⁠Pertanian
2.⁠ ⁠⁠Perkhidmatan
3.⁠ ⁠⁠Pembuatan
4.⁠ ⁠⁠Pelancongan Desa

Jika anda tergolong dalam sektor perniagaan ini, geran perniagaan berjumlah keseluruhan RM15 juta mungkin menjadi milik anda.

Jom hantar rancangan perniagaan anda di www.rbc2u.com.

Tarikh tutup penyertaan 29 Februari 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *